Showing posts with label Interview Pegawai Penilaian W41. Show all posts
Showing posts with label Interview Pegawai Penilaian W41. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Interview Pegawai Penilaian W41

Assalamualaikum w.b.t
Hehe dah dekat sebulan sebenaqnya diinterview, baru la ni aku nak cita pengalaman
Tak pa kan kawan-kawan, nnt kot-kot ampa ka adik-adik ka nak di interview, leh la tgk blog nie =)

Tarikh interview : 26 Jun 2012
Tempat : Aloq Setaq, Kedah

Sebelum interview
- search internet bagai nak tgk soklan-soklan yang bakal ditanya
- antara perkara-perkara yg di search KPI, Konsep 1 Malaysia, Maksud Rukun Negara, Isu semasa
- pikiaq nak pakai baju kale apa?
- nak beli kasut bertutup yang bertumit, haha kasut aku semua flat
- pinjam KOT bos nak pakai masa interview (semangat sey!!!!)
- bincang pasai pengambilan balik tanah dengan en. suami
- study skit pasai 5 kaedah penilaian

Malam sebelum di interview
- study lagi pasai KPI, Konsep 1 Malaysia dll
- semak segala dokumen dalam fail (rasa mcm dh lengkap)
- iron baju (aku pakai baju kale hijau)
- lap-lap kasut bagi kilat skit (mcm nak p interview polis lak)
- mintak maaf kat en. suami sebelum tidoq
- suh en. suami doa bg dapat keja ni =)

Pagi sebelum p tempat interview
- bangun awai o semangat nak diinterview
- cium anak nak ambik berkat

Setibanya di tempat interview
-wah ramai dah yang sampai awai pd aku
- oh rupanya ada 2 jawatan yang di interview
- p ambik no giliran
- staf bertugas cita cara susun dokumen dlm fail
- pastikan keputusan paling tinggi berada paling atas (after letak butiran diri - k/p dan surat beranak, trus letak keputusan ijazah, diploma, sijil if ada, spm, pmr)

Masa interview
- 2 orang panel (1 dr SPA n 1 lg dr JPPH)

Antara soklan-soklan yg ditanya (suspen-suspen)
- jelaskan kepentingan harta tanah kepada negara? wah stright forward kan soklannya, tp panel nak tgk kebolehan & kematangan kita dalam memberi feedback
- sekiranya jawatan ini diberi kepada kamu, apa sumbangan yang dapat diberikan kepada jabatan? hehe cari jawapan sendiri ya, aku main hentam kromo ja jawab....
- soklan pemes bezakan antara Nilai, Harga & Kos, nampak senang ja soklan ni....huih nak jawab bukan main susah o.....
- bagaimana kamu nak nilaikan Stesen Minyak bagi maksud pengambilan balik tanah....alhamdulillah ni aku leh jawab walaupun tak bp nak tepat
- tak lama sangat masa yang di ambil untuk ditemuduga lebih kurang 15 - 20 minit gitu

Haha paling lawak tak dak pong soklan isu semasa bagai
Soklan stright forward ngn keja kita
6/8/2012 ni SPA akan keluaqkan keputusan
aku menunggu dengan penuh kesabaran
InsyaAllah kalau ada rezeki Alhamdulillah kalau tak rezeki pun alhamdulillah jugak, teruskan dgn keja yang aku ada la ni =)


 

Copyright © 2012 Reserved to Anugerah Terindah
Design by Cik Kumbang